ENAKMEN 2 TAHUN 2003 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2003
Seksyen 5. Seksyen 8A baru
Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8 seksyen yang berikut:
“Seksyen 8A. Kutipan derma.
(1) Walau apa pun seksyen 8, tiada suatu Sekolah Islam boleh mengutip derma dari orang perseorangan atau badan tertentu tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Majlis.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.”.