ENAKMEN 2 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN) 1989



Seksyen 4. Pindaan bagi fasal 30

Fasal 30 Enakmen Ibu adalah dipinda dengan menggantikannya dengan fasal 30 yang baru seperti berikut -

"Seksyen 30. Tangkap dengan tidak berwaran.

(1) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Syariah, Pegawai Polis, Penghulu atau Ketua Kawasan boleh menangkap dengan tidak berwaran-

(2) Manakala ditangkap seseorang di bawah ceraian (1), Pegawai Penguatkuasa Syariah, Pegawai Polis, Penghulu atau Ketua Kawasan hendaklah membawa ataupun berikhtiar membawa orang itu ke Mahkamah dengan tidak lengah-lengah lagi dalam masa dua puluh empat jam daripada masa orang itu ditangkap (tidak termasuk masa perjalanan).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.