ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN) 1992
Seksyen 13. Seksyen baru 49A.
Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 49, seksyen 49A baru seperti berikut:
"Seksyen 49A. Perceraian atas anggapan mati.
(1) Jika suami seseorang dipercayai telah mati atau tiada didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh empat tahun atau lebih dan hal keadaan adalah sebegitu sehingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara', sebagai telah mati, Mahkamah boleh atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar mengeluarkan dalam borang yang ditetapkan suatu perakuan menganggap bahawa suami itu telah mati.
(2) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu telah mewujudkan perceraian." .
(3) Jika perempuan itu berkahwin semula dan kemudiannya suaminya yang dianggap telah mati itu kembali atau didapati atau dibuktikan masih hidup maka perkahwinannya yang terkemudian itu hendaklah batal dan tak sah, dan perempuan itu hendaklah kembali kepada suaminya yang dahulu itu selepas tamat tempoh 'iddah.".
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.