ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN) 1992
Seksyen 2. Pindaan kepada seksyen 2.
Seksyen 2, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, 1984 [Enak. 13/]984] yang kemudian daripada ini disebut "Enakmen ibu", adalah dipinda dengan-
(a) memotong ";" dalam tafsiran "Hakim Syar'iah" dan menambah perkataan-perkataan "dan mana-mana orang yang dilantik untuk menjalankan tugas hakim Mahkamah Syar'iah;"; dan
(b) memasukkan selepas sahaja tafsiran "nasab", tafsiran yang berikut-
"pemberian" ertinya pemberian yang berupa wang tunai atau harta benda yang diberi oleh suami kepada isterinya pada masa pertunangan atau perkahwinan mereka;".
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.