ENAKMEN A6 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) (PINDAAN) 2005.
Seksyen 4. Pindaan seksyen 41.
Seksyen 41 Enakmen ibu dipinda–
(a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “dan seksyen 37, kecuali subseksyen 37(7), hendaklah terpakai baginya” dengan perkataan “yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah subseksyen 37(3)”; dan
(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2A) Jawatankuasa Fatwa hendaklah, melalui Mufti, memaklumkan Majlis tentang fatwa yang hendak diterima pakai itu dan sesudah itu Jawatankuasa Fatwa boleh membuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mendapatkan perkenan Baginda bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.
(2B) Subseksyen 37(5), (6), (8) dan (9) hendaklah terpakai bagi fatwa itu.”.