ENAKMEN BIL. 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) (PINDAAN) 2003
Seksyen 3. Pindaan seksyen 56.
Seksyen 56 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menambahkan subseksyen baru (1A) seperti berikut:
(1A) " Walau apa pun yang diperuntukkan di dalam subseksyen (1), Majlis boleh, jika perlu, melantik mana-mana orang sebagai Pegawai Penguatkuasa Syariah untuk menjalankan tangkapan tetapi pegawai tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.".
Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 24 April 2003.
[MB. TR. (S) 6/60 Bhg. 10; PUN. TR. 15/100.]
WAN MOHD. RUBI BIN WAN JUSOH,
Setiausaha Dewan Undangan Negeri,
Terengganu
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.