ENAKMEN 7 TAHUN 2001 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2001
Seksyen 5. Pindaan seksyen 17.
Seksyen 17 Enakmen ibu adalah dipinda dengan—
(a) memotong perkataan “dan” di akhir perenggan (c);
(b) dengan menambah perkataan “dan” di akhir perenggan (d); dan
(c) dengan menambah selepas perenggan (d), perenggan yang berikut:
“ (e) mengambil dan menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang didapatinya memudaratkan kepentingan awam atau murid atau yang pada pendapatnya boleh menjadi bukti pelakuan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.”.