ENAKMEN 1 TAHUN 1999 ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (PINDAAN) 1999
Seksyen 3. Pindaan Seksyen 23.
Seksyen 23 Enakmen ibu adalah dipinda seperti berikut:
"Seksyen 23. Melepaskan orang yang ditangkap.
Tiada seseorang pun yang telah ditangkap di bawah Enakmen ini boleh dilepaskan kecuali dengan bon diri atau jaminan atau dengan perintah secara bertulis oleh Hakim atau oleh seorang Pegawai Penguatkuasa atau oleh Pegawai Polis yang tidak kurang pangkatnya dari Inspektor.
Dengan syarat jika dia tidak dapat melakukan sedemikian, maka hendaklah dia ditahan di atas satu waran yang dikeluarkan oleh seorang Hakim seperti di Borang 2B dalam Jadual."