ENAKMEN A5 ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) (PINDAAN) 2008
Seksyen 3. Pindaan seksyen 11
Seksyen 11 Enakmen ibu dipinda—
(a) dengan menomborkan semula seksyen 11 sebagai subseksyen 11(1);
(b) dengan memotong perkataan-perkataan “, atas nasihat Menteri Besar” dalam subseksyen 11(1); dan
(c) dengan memasukkan selepas subseksyen 11(1) subseksyen baru (2) yang berikut:
“(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas budi bicaranya, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis.”