ENAKMEN 1 TAHUN 1992 ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986 (PINDAAN) 1992
Seksyen 5. Pindaan kepada Seksyen 66.
(1) Sub-seksyen (1) Seksyen 66 Enakmen ibu adalah dipinda dengan yang berikut:
"66. (1) Perkataan "Peguam", di mana jua digunakan dalam Enakmen ini, ditujukan hanya kepada Peguam Syar'i yang hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
(a) (i) seorang yang beragama Islam;
(ii) boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia; dan
(iii) diperakui oleh sebuah panel yang dilantik oleh Majlis, sarna ada setelah lulus apa-apa ujian yang diadakan oleh panel itu atau tanpa dikehendaki menjalani apa-apa ujian, sebagai seorang yang layak menjadi Peguam Syar'i;
(b) (i) seorang yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syari'iah yang diiktiraf oleh Majlis dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
(ii) Pegawai dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia; atau
(iii) seorang Peguambela dan Peguamcara yang berdaftar di bawah Akta Profession Undang-undang 1976; atau
(iv) seorang bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu atau Jabatan Kehakiman Syar'iah Negeri Terengganu Darul Iman;
(c) Telah mendapat latihan professional di dalam bidang Kehakiman Islam yang diiktiraf atau berkemahiran dalam perkara-perkara berhubung dengan Hukum Syara';
(d) Berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah atau atas apa-apa kesalahan di bawah Undang-Undang Pentadbiran Perundangan Islam;
(e) Bukan seorang bankrap; dan
(f) Seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia".
(2) Sub-seksyen (4) Seksyen 66 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menambah perkataan-perkataan ", selain daripada pegawai dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia," selepas perkataan-perkataan "Peguam Syar'i".