ENAKMEN A5
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) (PINDAAN) 2008
Seksyen 2. Pindaan seksyen 8
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) [En. Tr. 2/2001], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:
“Keanggotaan Majlis
8. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut—
(a) seorang Yang Dipertua;
(b) seorang Timbalan Yang Dipertua;
(c) mufti; dan
(d) tidak lebih dari empat belas anggota lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.