ENAKMEN 1 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986 (PINDAAN) 1992
Seksyen 2. Pindaan kepada Seksyen 2.
Seksyen 2, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, yang di dalam Enakmen ini disebut sebagai "Enakmen Ibu" , adaIah dipinda seperti berikut:
(i) Memperuntukkan tafsiran "Gantang Baghdad" selepas tafsiran "Fitrah" seperti berikut:
"'Gantang Baghdad' ertinya So' Madani atau So' Nabawi seperti yang dinyatakan di dalam Kitab Fekah yang muktabar;";
(ii) "," selepas angka "4" dalam tafsiran "Pesuruhjaya" diganti dengan ";", dan perkataan-perkataan "dan termasuklah Timbalan Pesuruhjaya;" dipotong.
(iii) Tafsiran "Qadi" dipinda dengan menggantikan "," dengan ";" dan menggugurkan perkataan-perkataan "dan termasuklah Qadi Besar" daripada tafsiran tersebut;
(iv) Perkataan "Jabatan" di dalam tafsiran "Setiausaha" diganti dengan perkataan "Majlis"; dan
(v) Memperuntukkan tafsiran "Timbalan Pesuruhjaya" selepas tafsiran "Tarikh yang ditetapkan" seperti berikut:
"'Timbalan Pesuruhjaya' ertinya Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama yang dilantik di bawah Seksyen 4.".
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.