ENAKMEN 1 TAHUN 1999 ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (PINDAAN) 1999
Seksyen 2. Pindaan Seksyen 2.
Seksyen 2 Enakmen Acara Jenayah Syanah 1988 [Enakmen No. 3/1989] (yang selepas ini disebut sebagai "Enakmen ibu") adalah dipinda-
(a) dengan memotong dan menggantikan perkataan "dan" selepas perkataan "Enakmen Keluarga Islam 1979" di dalam takrif "Jenayah" kepada "koma",
(b) dengan menggantikan "noktah bertindih" di akhir ayat dalam takrif "Jenayah" kepada "koma",
(c) dengan menambah selepas perkataan "Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988" di dalam takrif "Jenayah" perkataan "Enakmen Zakat 1374 (1955) dan Kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya";
(d) dengan memasukkan selepas takrif "Pegawai Masjid" takrif baru seperti berikut:
'"Pegawai Penguatkuasa" ertinya pegawai-pegawai penguatkuasa Agama yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.'
(e) dengan memotong keseluruhan perkataan dan takrif "Penyelia Agama".