ENAKMEN 9 TAHUN 1991 ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 1991
Seksyen 6. Pindaan seksyen 10.
Seksyen 10, Enakmen ibu adalah dengan ini dipinda seperti berikut:
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) yang baru seperti berikut:
"(1) Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang telah diperuntukkan baginya dan bolehlah mengenakan apa-apa hukuman yang telah pun diperuntukkan baginya."; dan
(b) subseksyen (2) adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "sepuluh ribu ringgit" yang terdapat sebaik sahaja selepas perkataan "melebihi" di barisan kelima dengan perkataan-perkataan "tiga puluh ribu ringgit"; dan
(c) dengan memasukkan satu subseksyen (3) yang baru seperti berikut":
"(3) Sesuatu rayuan hendaklah dibuat ke Mahkamah Tinggi Syariah daripada mana-mana keputusan Mahkamah Rendah Syariah".