ENAKMEN 9 TAHUN 1991 ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 1991
Seksyen 7. Pindaan seksyen 11.
Seksyen 11, Enakmen ibu adalah dengan ini dipinda seperti berikut:
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) yang baru seperti berikut:
"(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota, dan salah seorang daripada mereka hendaklah menjadi Pengerusi, dari satu panel yang menggandungi sekurang-kurangnya tujuh orang Islam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan perlantikan ahli panel itu hendaklah disiarkan dalam Warta."; dan
(b) subseksyen (2) adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Kadi Daerah" yang terdapat sebaik sahaja perkataan "keputusan" di barisan ketiga dengan perkataan-perkataan "Mahkamah Tinggi Syariah".