ENAKMEN 9 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 1991



Seksyen 5. Seksyen baru 7A.

Enakmen ibu adalah dengan ini dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru 7A seperti berikut:

"Seksyen 7A. Tempoh memegang jawatan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam seksyen ini, seseorang Hakim yang dilantik di bawah seksyen 7 hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun.

(2) Seseorang Hakim boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi dia tidak boleh dipecat daripada jawatannya kecuali mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut.

(3) Jika Pengerusi Majlis merujukkan representasi kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan bahawa seseorang Hakim patut dipecat atas alasan-

Yang di-Pertuan Agong hendaklah merujukkan rayuan itu kepada satu jawatankuasa yang dilantik mengikut subseksyen (4), dan boleh atas syor jawatankuasa itu, memecat Hakim itu daripada jawatannya.

(4) Jawatankuasa tersebut hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut:
Jawatankuasa itu hendaklah diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Negeri.

(5) Sementara menantikan apa-apa rujukan dan laporan di bawah subseksyen (3), Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Pengerusi Majlis, menggantung Hakim tersebut daripada menjalankan tugasnya.

(6) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), kesahihan apa-apa perkara yang dilakukan oleh seseorang Hakim tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa Hakim itu telah mencapai had umur yang dia dikehendaki bersara.

(7) Peruntukan seksyen ini hendaklah dipakai kepada semua Hakim yang dilantik di bawah seksyen 7."



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.