ENAKMEN 9 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 1991



Seksyen 8. Pindaan seksyen 19.

Seksyen 19, Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikannya dengan seksyen 19 yang baru seperti berikut:

" 19. (1) Jawatankuasa Peguam Syarie bolehlah membenarkan sesiapa yang layak di atas permohonannya untuk menjadi seorang Peguam Syarie.

(2) Setiap permohonan hendaklah dibuat di dalam borang yang ditetapkan oleh Enakmen ini.

(3) Sesiapa yang layak diterima sebagai Peguam Syarie akan diberikan Sijil Peguam Syarie dan Sijil Amalan Tahunan yang membolehkannya hadir dan menjadi wakil dalam mana-mana Mahkamah bagi mana-mana pihak dalam sesuatu perbicaraan."




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.