ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN) 1992
Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1962 adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7A, seksyen baru 7B yang berikut:
"Seksyen 7B. Kuasa untuk menubuhkan syarikat
Majlis boleh menubuhkan atau memperkembangkan, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat-syarikat untuk menjalankan aktivitinya sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Lembaga atau secara bebas."
Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 27 Jamadilawal 1413 bersamaan 22 November 1992.