ENAKMEN 2 TAHUN 2000
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN KE-10) TAHUN 2000
(i) Apa-apa sebutan mengenai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa di dalam mana-mana undang-undang bertulis atau di dalam apa-apa dokumen yang wujud sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuatkuasa hendaklah apabila Enakmen ini mula berkuatkuasa ditafsirkan seolah-olah segala sebutan itu ialah masing-masingnya sebutan mengenai Mufti.
(ii) Pertukaran nama yang disebut terdahulu tidaklah menyentuh apa-apa hak keistimewaan, tanggungan, kewajipan atau obligasi Pengerusi Jawatankuasa Fatwa atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya; dan apa-apa prosiding undang-undang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa boleh diteruskan atau dimulakan di bawah nama barunya.
Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 27 Jamadilawal 1421 bersamaan 27 Ogos 2000.