ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 27. Buku dan daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan.

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan apa-apa buku sebagaimana yang ditetapkan oleh Ordinan ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Negeri hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam Daftar Perkahwinannya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.