ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - MASUK AGAMA ISLAM



Seksyen 76. Pengiktirafan muallaf sebagai seorang Islam.

(1) Seseorang yang telah masuk Islam dan telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud-maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan untuk semua masa, diiktirafkan sebagai seorang Islam.

(2) Seseorang yang kemasukan Islamnya telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Sabah bagi maksud menguatkuasakan di Negeri Sabah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang diperlakukan sebagai seorang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.