ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Kecualian hak-hak prerogatif.

Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh melemahkan atau menyentuh hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa istimewa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri Perak Darul Ridzuan sebagaimana yang ditetap dan dinyatakan dalam Fasal VI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.