ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 220. Perintah bagi bayaran pampasan.

(1) Mahkamah yang mensabitkan seseorang mengenai mana-mana kesalahan boleh memerintah supaya dia membayar sejumlah wang yang ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada mana-mana orang, atau wakil mana-mana orang, yang telah mengalami kecederaan atau kerugian mengenai tubuh badannya, wataknya atau hartanya disebabkan oleh kesalahan yang dihukumkan itu.

(2) Mahkamah hendaklah menentukan kepada siapa jumlah wang yang ditetapkan sebagai pampasan yang tersebut dahulu patut dibayar dan seksyen 219 hendaklah terpakai kepada mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3) Apa-apa tuntutan oleh seseorang itu atau wakilnya untuk gantirugi yang dialami oleh sebab kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah ditunaikan atau dipenuhi setakat amaun yang telah dibayar kepada orang itu atau wakilnya di bawah suatu perintah pampasan, tetapi perintah untuk bayaran itu tidaklah boleh memudaratkan apa-apa hak remedi sivil bagi mendapat kembali mana-mana harta atau mendapat kembali gantirugi yang melebihi amaun pampasan yang dibayar di bawah perintah itu.

(4) Rayuan boleh dibuat terhadap setiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam hal perintah yang dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah, dan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam hal perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.