ENAKMEN 8 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988
BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN
Seksyen 9. Kumpulan Wang.
(1) Bagi maksud-maksud Enakmen ini, Jemaah setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Majlis hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai "Akaun Sekolah Islam", yang ke dalamnya hendaklah dibayar masuk :
(
a
) apa-apa jumlah wang yang diterima oleh Jemaah;
(
b
)
wang yang didapati atau berbangkit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadai janji, gadaian, debentur atau syer yang diperolehi oleh atau diletakhakkan pada Jemaah;
(
c
)
wang yang dikutip dari yuran-yuran;
(
d
)
wang yang didermakan oleh orang ramai atau pemberian yang diberikan oleh Kerajaan atau pihak-pihak berkuasa tempatan;
(
e
)
jumlah-jumlah wang yang dipinjam dan didapati oleh Jemaah di bawah Enakmen ini; dan
(
f
)
segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara kena dibayar atau diletakhakkan pada Jemaah.
(2) Jemaah setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Majlis boleh membayar daripada kumpulan wangnya :
(
a
) segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan oleh Jemaah dalam menjalankan fungsi-fungsinya;
(
b
)
wang untuk membayar balik pinjaman yang diterima oleh Jemaah menurut kuasanya untuk meminjam;
(
c
)
apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Jemaah.
(3) Jemaah boleh melaburkan kumpulan wangnya dalam apa-apa pelaburan untuk ketika itu dibenarkan terdahulunya pelaburan dari kumpulan wang amanah atau mana-mana pelaburan sebagaimana dibenarkan secara bertulis oleh Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.