ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 1 - AM



Seksyen 100. Keterangan hendaklah diambil secara lisan

Tertakluk kepada Enakmen ini dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2004], apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa-apa prosiding melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan memeriksa pihak-pihak atau saksi-saksi itu secara lisan di dalam Mahkamah terbuka.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.