ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH
Seksyen 207. Hukuman denda.
Bagi tiap-tiap hukuman denda, Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu boleh -
(a) memberi tempoh untuk denda itu dibayar;
(b) mengarahkan bagi bayaran denda itu dibuat secara beransur;
(c) mengeluarkan waran untuk menahan hartanya supaya dapat dijual untuk membayar denda itu;
(d) ataujika ia mungkir membayar denda itu, hukuman penjara selama mana yang difikirkan manasabah boleh dijatuhkan sama ada berasaskan kesemua denda itu atau, jika denda dibuat beransur-ansur, berasaskan pada tiap-tiap satu ansuran itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.