ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN
BAB I



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"jenayah" ertinya jenayah dalam Syarak seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam 1991, Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963, Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991 dan mana-mana Undang-undang lain yang dibuat di bawahnya.

"Kerajaan" mempunyai erti yang sama diberi kepadanya dalam Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963 [
Enak. 3/64];

"Kadi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991 dan termasuk Kadi Besar;

"Kadi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"Jawatankuasa Ulangbicara" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis;

"Masjid" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963;

"Negeri" ertinya Negeri Perlis;

"Pegawai Masjid" ertinya imam, penolong imam, bilal dan siak sesebuah masjid yang telah dilantik oleh Majlis;

"Peguam" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"Peguam Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"Pegawai Penguatkuasa Syariah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963 [
Enak. 3/64];

"Pendakwa" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"remaja" ertinya seseorang laki-laki atau perempuan yang berumur di bawah 18 tahun.

(2) Semua perkataan, perbahasaan, takrifan dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini tetapi tidak ditakrifkan di dalamnya maka takrifan dalam Akta Tafsiran 1967 [
Ord. 7/87] hendaklah dipakai;

(3) Jika timbul sebarang kekeliruan atau kekaburan dalam memberi erti sesuatu perkataan, perbahasaan dan rangkaikata mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi takrifan kepada perkataan, perbahasaan dan rangkai kata sedemikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.