ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN X - PERMOHONAN



Seksyen 69. Bentuk.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selepas ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat dengan cara notis dan afidavit dalam borang yang ditetapkan.

(2) Jika permohonan itu mengenai prosiding yang masih berjalan, ia hendaklah mengandungi tajuk prosiding itu.

(3) Jika permohonan itu bukan mengenai prosiding yang masih berjalan, ia hendaklah mengandungi tajuk yang bersesuaian.

(4) Permohonan itu hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon dan mengandungi fakta yang mencukupi untuk menyokong permohonan itu, dan kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya permohonan itu hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan di dalamnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.