ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 92. Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 tidak boleh dipakai jika berlawanan dengan Hukum Syarak.

(1) Tiada apa jua pun dalam Akta Penjagaan Kanak-kanak, 1961 yang berlawanan dengan Hukum Syarak atau adat orang-orang Melayu boleh dipakai bagi seorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun yang berugama Islam dan yang bapanya berugama Islam atau pada tarikh kematiannya berugama Islam atau, mengenai seorang anak taksahtaraf, yang ibunya berugama Islam atau telah berugama Islam .

(2) Mengenai mana-mana orang lain, peruntukan Akta tersebut, setakat mana peruntukan itu berlawanan dengan Hukum Syarak, hendaklah terhenti dipakai bagi orang itu apabila ia menganuti ugama Islam jika pada tarikh penganutan itu dia telah genap umur lapan belas tahun dan jika belum lagi genap umur lapan belas tahun ia menganuti ugama Islam dengan persetujuan orang yang di bawah Akta tersebut adalah penjaganya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.