ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
WAKAF DAN NAZAR



Seksyen 61. Wakaf dan nazar.

Walau apapun peruntukan yang berlawanan dengan mana-mana suratcara atau perisytiharan, Majlis hendaklah menjadi pengawal tunggal kepada semua wakaf, sama ada wakaf am atau khas, semua nazar am dan semua amanah khairat untuk kepentingan Agama Islam dan orang-orang Islam, setakat mana harta itu terletakhak kepadanya atau yang terletak di dalam Negeri Kelantan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.