ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 27. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan buku-buku sebagaimana yang ditetapkan oleh Enakmen ini, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Negeri Perak hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam Daftar Perkahwinannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.