ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA



Seksyen 49. Penyampaian di negeri lain dalam Malaysia.

(1) Mana-mana surat perintah untuk disampaikan di negeri-negeri lain dalam Malaysia bolehlah dihantar oleh Mahkamah kepada Kadi Besar, Kadi, Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa dalam daerah di mana orang yang hendak disampaikan surat perintah itu berada atau menjalankan perniagaannya.

(2) Dokumen untuk disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau sebaliknya dengan permohonan bertulis untuk penyampaian yang ditandatangani oleh Mahkamah atau Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.