ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - Saksi



Seksyen 88. Keterangan seorang saksi dan sumpah.

Keterangan seorang saksi sahaja bagi plaintif adalah layak diterima dalam kes Mal dengan syarat dibuat bersama-sama dengan sumpah oleh pihak yang menuntut.
MISALAN

Seorang plaintif menuntut hutang daripada seorang lain dan hanya ada seorang saksi sahaja, tuntutannya itu boleh diterima dengan saksi itu bersama dengan sumpah plaintif itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.