ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PERLAKSANAANNYA



Seksyen 130. Penggantungan perlaksanaan dalam kes-kes tertentu.

Jika seorang pesalah dikenakan hukuman denda sahaja dan dipenjarakan kerana gagal membayar denda itu dan Mahkamah mengeluarkan suatu waran di bawah seksyen 132, Mahkamah boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman penjara itu dan boleh melepaskan pesalah atas dia melaksanakan satu bon, dengan penjamin-penjamin sebagaimana Mahkamah berpendapat patut, sebagai syarat ia hadir di hadapan Mahkamah pada hari yang ditetapkan untuk memulangkan waran itu, yang mana hari itu tidak boleh lebih daripada lima belas hari dari tarikh melaksanakan bon itu, dan sekiranya denda tidak dibayar juga Mahkamah boleh mengarahkan supaya hukuman penjara dilaksanakan dengan serta-merta.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.