ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PERUNTUKAN PELBAGAI YANG BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 40. Kesalahan yang berhubungan dengan akad nikah perkahwinan.

(1) Mana-mana orang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin, atau yang berupa sebagai diakadnikahkan, atau yang menjalani suatu cara akad nikah dengan, mana-mana orang berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.