ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 129. Kesalahan menggunakan wang atau harta.

(1) Seseorang yang diamanahkan mengutip, menyimpan, menjaga, mengelola atau menyampaikan wang atau harta bagi pihak Majlis atau kutipan daripada derma khairat untuk tujuan awam atau lain-lain perkara yang bersangkutan dengan Agama Islam, gagal menyerahkan wang atau harta itu kepada yang berhak atau mungkir daripada membentangkan kira-kira wang itu kepada Yang Dipertua, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Suatu sabitan di bawah subseksyen (1) tidak akan menghapuskan hak Majlis ke atas wang atau harta amanah yang ada pada orang yang telah disabitkan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.