ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 49. Mengajar agama tanpa tauliah.

(1) Sesiapa yang mengajar dan menyebar sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis melainkan dikecualikan oleh Majlis di bawah Enakmen ini, kecuali kepada ahli-ahli keluarganya di tempat kediamannya sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang tidak menyerahkan balik kebenaran bertulis yang telah dibatalkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.