ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 51. Perceraian dengan li'an.

(1) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara Ii' an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, apabila penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-Iamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan Ii' an itu dengan sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.