ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - PELUPUSAN EKSHIBIT DAN HARTA YANG MENJADI SUBJEK KESALAHAN



Seksyen 178. Mahkamah hendaklah menimbang cara melupuskan ekshibit.

(1) Apabila tamat mana-mana pembicaraan di bawah Enakmen ini Mahkamah hendaklah menimbangkan cara mana Ekshibit patut dilupuskan dan boleh membut mana-mana perintah untuk maksud ini mengikut undang-undang.

(2) Sekiranya Mahkamah tidak membuat apa-apa perintah untuk melepaskan ekshibit itu, ekshibit itu hendaklah diberikan kepada Pendakwa yang berkuasa di dalam pembicaraan itu dan boleh diuruskan oleh Pendakwa mengikut peruntukan-peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah telah membuat perintah atau perintah-perintah sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika Pendakwa pada bila-bila masa ragu-ragu di atas cara yang sesuai untuk melupuskan mana-mana ekshibit, atau sekiranya mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana ekshibit dan Pendakwa menolak tuntutan tersebut, Pendakwa atau orang tersebut boleh membuat permohonan kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu dan Mahkamah hendaklah membuat perintah bersangkutan dengan pelupusan ekshibit itu sebagaimana yang difikirkan sesuai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.