ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 3 - AFIDAVIT



Seksyen 115. Lampiran pada afidavit.

(1) Suatu salinan apa-apa dokumen yang hendak digunakan berhubungan dengan suatu afidavit hendaklah dilampirkan pada afidavit itu sebagai ekshibit.

(2) Apa-apa ekshibit kepada afidavit hendaklah dikenalpasti melalui perakuan orang yang di hadapannya afidavit itu diikrarkan dan hendaklah dalam Borang MS 27.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.