ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 80. Pengertian perkataan-perkataan yang digunakan dalam pertuduhan untuk memperihalkan kesalahan.

Dalam tiap-tiap pertuduhan perkataan yang digunakan untuk memperihalkan kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah digunakan dengan pengertian yang diperuntukkan kepadanya masing-masing oleh undang-undang yang di bawah mana kesalahan itu boleh dihukum.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.