ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 192. Penangguhan

(1) Pendengaran sesuatu permohonan boleh ditangguhkan dari semasa ke semasa, sama ada secara umum atau ke suatu tarikh tertentu, mengikut mana-mana yang sesuai.

(2) Jika pendengaran itu ditangguhkan secara umum, maka pihak yang membuat permohonan itu boleh memasukkannya semula dengan memberikan notis dua hari genap sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran kepada semua pihak lain yang kepada mereka salinan permohonan itu telah disampaikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.