ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VII - DARIHAL BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH DALAM PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN
Syarat-syarat Yang Dikehendaki Bagi Memulakan Pembicaraan



Seksyen 68. Tempat pembicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab berkaitan dengan kesalahan lain.

Apabila suatu perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab perkaitannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga menjadi atau yang akan menjadi suatu kesalahan jika orang yang melakukannya itu berkebolehan melakukan suatu kesalahan, maka pertuduhan atas kesalahan yang pertama tersebut itu boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa di mana salah-satu perbuatan itu telah dilakukan.

Penjelasan- Suatu pertuduhan subahat boleh disiasat atau dibicarakan sama ada oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa subahat itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.