ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 118. Orang lain boleh diberi kuasa untuk mengambil nota keterangan

Tiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh menghalang seorang Hakim dalam sesuatu perbicaraan untuk menyebabkan diambil nota kata demi kata oleh seorang lain mengenai apa yang dideposkan oleh setiap saksi sebagai tambahan kepada apa-apa nota mengenai isinya yang dibuat atau dicatatkan oleh Hakim itu sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.