ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan oleh orang-orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi.



Seksyen 21. Qarinahnya keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding terkemudian tentang kebenaran fakta yang tersebut di dalamnya.

Keterangan yang diberi oleh seseorang saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman, atau di hadapan seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, adalah qarinah dalam sesuatu prosiding kehakiman terkemudian, atau pada suatu peringkat yang terkemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, bagi maksud membuktikan kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berdaya memberi keterangan atau dihalang memberi keterangan oleh pihak lawannya, ataupun kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak berpatutan memandangkan kepada hal-keadaan itu:

Dengan syarat bahawa-

Huraian - Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai satu prosiding di antara pendakwa dengan tertuduh dalam erti seksyen ini.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.