ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 121. Nota keterangan.

Mahkamah hendaklah mencatatkan keterangan yang diberi dan sekadar yang difikirkan patut, hujjah undang-undang yang dibuat, termasuklah mana-mana bantahan kepada keterangan, dan boleh mencatatkan pandangannya terhadap tingkahlaku saksi dan perkara-perkara lain yang matan. Mahkamah, kecuali jika ia memberi penghakiman bertulis, hendaklah juga membuat nota penghakiman atau perintahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.