ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB X - Peruntukan Am



Seksyen 130. Rujukan muktamad.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan dalam Ordinan ini yang berlawanan dengan Hukum Syarak adalah tidak sah setakat mana ianya berlawanan.

(2) Jika terdapat apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan atau mana-mana peruntukan dalam Ordinan ini tidak menyatakan apa-apa perkara dengan jelas, Mahkamah hendaklah merujuk kepada Hukum Syarak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.