ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibu bapa, dan anak.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya dan keterangan ibu bapanya terhadap anak boleh diterima sebagai
syahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai
bayyinah.

(4) Keterangan ibu bapanya bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu bapanya boleh diterima sebagai
bayyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.