ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
PIHAK BERKUASA DALAM HAL-HAL AGAMA



Seksyen 38. Jawatankuasa perundingan Hukum Syarak.

(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak yang dikenali sebagai "Majlis Fatwa Negeri Sabah" (selepas daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai "Jawatankuasa").

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada-

(3) Orang-orang yang sebelum mula berkuatkuasanya Enakmen ini, telah dilantik sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Undang-Undang yang ditubuhkan di bawah seksyen 10 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah 1977 hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa dan hendaklah terus menjadi ahli-ahli sehingga tamat tempoh pelantikannya.

(4) Daripada orang-orang yang disebut dalam subseksyen (3), dua orang yang adalah ahli Majlis hendaklah disifatkan telah dinamakan di bawah perenggan (b) subseksyen (2) dan yang lainnya hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah perenggan (c) subseksyen itu.

(5) Apabila jua Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 35 dia hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(6) Sebelum Mufti membuat fatwa, dia boleh menyebabkan kajian-kajian atau penyelidikan itu dijalankan dan kertas kerja disediakan.

(7) Majlis, dengan kelulusan Menteri, boleh membuat kaedah-kaedah bagi memperuntukkan yang berikut-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.