ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 50. Perceraian bersumpah secara lain.

(1) Apabila suami kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara lian mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie dan apabila disabitkan, Hakim itu hendaklah menghukum mereka berfarakah dan berpisah buat selama-lamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai secara lian dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.